Sinopsis Senario The Movie Episod 1
Mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Malangnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut. Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis.
Pelakon Senario The Movie Episod 1
Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Wahid Mohamed, Eizlan Yusof