Sinopsis Pengantin Malam
Mengisahkan tentang seorang isteri, Maya yang mengalami amnsia selepas kemalangan jalan raya. Sejak dari hari itu, Maya sering diganggu lembaga misteri sehingga suami Maya, Razif terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif.
Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk hinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan semakin renggang.
Villa yang mereka diami itu juga memberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana villa tersebur turut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi berbeza tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doktor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami.
Pelakon Pengantin Malam
Nora Danish, Farid Kamil