Sinopsis Lagi-Lagi Senario
Wahid menjadi mangsa kegawatan ekonomi apabila restoran eksklusif tempat dia bekerja menguncupkan tenaga kerja. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjaya lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee. Yassin dan Saiful, turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan, membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan.
Pelakon Lagi Lagi-Lagi Senario
Azlee Jaafar, Wahid, Mazlan, Saiful Apek, Yassin, Wardina Safiyyah, Ani Maiyuni, Accapan Muthusamy