Sinopsis Cendol
Berkisarkan tentang kehidupan silam seorang doktor berjaya bernama Alia bersama abangnya seorang yang cacat. Mereka merupakan anak yatim piatu selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Demi menampung kehidupan, Alia dan abangnya menjual cendol di sekitar kampung. Berikutan kesukaran hidup, akhirnya abangnya telah menyerahkan Alia kepada keluarga angkat kerana mahu dia mencapai cita-cita menjadi seorang doktor.
Pelakon Cendol
Ma’arof, Farwizah, Zack Idris