Sinopsis Anak Mami The Movie
Mengisahkan Aniq yang tinggal di Pulau Pinang. Dia mempunyai kakak-Aisya, dan adik-Sabrina. Aniq berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing-masing. Pada masa yang sama, Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Sebaliknya, Mehran pula menyintai Saiful.
Pelakon Anak Mami The Movie
Farouk Hussain, Emilia Rosnaida, Fiza Elite, Mas Naida, Norlia Ghani, Zahida Rafik, Cico Harahap, Pie, Maidin, Ismail Din, Kartina Aziz, Wan Maimunah, Eja