Drama Tumpang Lalu Bang

Drama Tumpang Lalu Bang

Sinopsis Tumpang Lalu Bang

Mengisahkan Nizam jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah. Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian, Sobri, Syahrin, Syamil dan Shuib. Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?

Pelakon Tumpang Lalu Bang

Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Farez Ridzwan, Syamim Farid

Drama Tumpang Lalu Bang

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 2 Februari 2022
Hari: Isnin-Khamis, 8:30 malam
Siaran: Slot Diandra TV9