Drama Sepi Tanpa Cinta

Drama Sepi Tanpa Cinta

Sinopsis Sepi Tanpa Cinta

Haziqah memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!

Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

Pelakon Sepi Tanpa Cinta

Nazim Othman, Yuna Rahim, Jihaa Sham, Zulhelmy, Asyiqin Zaed, Sheila Mambo, Fauziah Nawi, Fikri Bazli, Rosnah Mat Aris, Maisarah Sufia, Adam Shadan, Heryanto Hassan, Amy, Maria Farida, Fateh, Kismah Johar, Zaidi Omara, Norlia Ghani

Drama Sepi Tanpa Cinta

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 8 April 2022
Siaran: Sooka