Sinopsis Semanis Senyumanmu
Mengisahkan tentang Azim yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian. Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.
Azra membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.
Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.
Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.
Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?
Pelakon Semanis Senyumanmu
Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni, Abbas Mahmood, Akhmal Nazri, Zahirah Macwilson, Awie, Zoul Muhammad, Thaqif Zohiri, Adib Fikri, Lokman Hakim, Afif Mikhail, Sofea Ace, Rozuki, AG Aziz, Rashimah, Muhammad Nur Iman
Drama Semanis Senyumanmu
Jumlah Episod: 16
Tarikh: 7 Oktober 2021
Hari: Isnin–Ahad, 7.00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3