Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Aira adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa dan Zafran bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?

Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali

Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim, Zaki Azeman, Siti Hariesa, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Izzendra, Nina KSC, Raja Azmi, Kuza Muzani, Ellyas Abdullah, Shatirah Amanda, Syamim Farid, Lan Zailan, Kael, Mohd Taha Ab Wahid, Jefri

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 13 September 2022
Hari: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3