Drama Scammer 2

Drama Scammer 2

Sinopsis Scammer 2

Kisah tentang penipuan hartanah dan penunggang agama.

Taqriz mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi, kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa.

Sasaran Taqriz ialah Muna pemilik syarikat hartanah dan Hanif, peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam. Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya, seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu.

Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya. Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya.

Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agama?

Pelakon Scammer 2

Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Azwan Ali, Enny Ridwan, Iman Corinne Adrienne, Razzuan Rosli, Sharifah Sofia, Shatirah Amanda, Sadiq M. Jamil, Gobbinath Batumalai, Ainina Ahmad, Norlia Ghani, Adam Darwisyh, Auni Zahra, Rosli Rahman, Rafe Sumantri, Din Tamam, Bihzlu, Razali Ghani, Mathni Razak, Juwita Rosli, Aghonderan Sahadevan, Edaman Othman, Yusri Saleh, Anuar Rahman, Emma Tosh, Danial, Shahruddin Thamby, Manan Holiau

Drama Scammer 2

Jumlah Episod: 24
Tarikh: 18 April 2022
Hari: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Siaran: Astro Ria