Drama Misi Anak Bulan

Drama Misi Anak Bulan

Sinopsis Misi Anak Bulan

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikuti ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya.

Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya. Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

Pelakon Misi Anak Bulan

Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman, Nur Dania Miazara

Drama Misi Anak Bulan

Jumlah Episod: 5
Tarikh: 4-8 Mei 2022
Hari: Rabu-Ahad, 6:00 petang
Siaran: TV9