Drama Kanvas

Drama Kanvas

Sinopsis Kanvas

Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia ‘hidup’ hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.

Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.

Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.

Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed.

Pelakon Kanvas

Adam Lee, Ruhainies, Ika Nabella, Dato Sri Eizlan Yusof, Emelda Rosemila, Yuna Rahim

Drama Kanvas

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 3 Ogos 2021
Hari: Isnin-Sabtu, 8:00 malam
Siaran: TV2