Drama Julia Arina

Drama Julia Arina

Sinopsis Julia Arina

Nur Julia Arina merupakan seorang gadis biasa yang mengimpikan cinta dari seorang lelaki yang kaya. Namun, keadaan menjadi kacau apabila kakak kandungnya yang telah berkahwin dengan seorang jurutera sering menghina dirinya kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap dan teman lelaki. Cinta yang baru muncul kepada seorang duda yang tinggal bersebelahan terpaksa ditolak.

Pertemuan semula antara Julia Arina dengan Mr. Dud pokai yang pernah dihindarinya berlaku di Kuala Lumpur. Identiti sebenar Mr. Dud pokai, Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar, terbongkar. Julia merasa sangat malu. Walaupun begitu, cintanya tetap suci untuk Adam.

Namun, kebahagiaan tidaklah mudah tanpa dugaan. Cinta segitiga antara Adam Zafran, Adam Haykal, dan Nur Julia Arina menyebabkan ketiganya menderita. Adam Haykal tidak mungkin kalah kepada abangnya yang dibencinya, manakala Julia terpaksa bertahan dengan hasad dengki kakak kandungnya.

Pelakon Julia Arina

Lidya Maisarah, Tash Yong, Mustaqim Bahadon, Kay Maria, Aman Shah, Dilla Ahmad, Maisara Sufia, Jazmy Juma Khan, Asri Ismail

Drama Julia Arina

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 23 Februari 2023
Hari: Selasa-Sabtu, 2:30 petang
Siaran: TV Okey