Sinopsis Checklist Mr Right
Mengisahkan tentang sseorang gadis yang bernama Nina Suraya ialah seorang ‘instafamous’ yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis skrip. Rancangan Nina untuk mendedahkan kecurangan Zach tidak berhasil apabila warga net lebih berpihak kepada Zach. Video pergaduhannya dengan Zach tular di media sosial dan Nina menerima kecaman yang kuat sehingga mengambil keputusan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bahru.
Nina mahu menutup pintu hatinya dan percaya lelaki idamannya tidak akan wujud di realiti. Niesa pula telah menyuruh Nina menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya. Nina telah dibawa ke pantai dan diberikan botol kaca. Niesa mencadangkan kepada Nina untuk membuangkan nota dalam botol itu dan melontarkannya ke dalam laut kerana lelaki yang digambarkan itu hanya wujud dalam dunia fiksyen. Nina mula mengalami kekalutan apabila bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang dicatatkan di dalam nota itu.
Pelakon Checklist Mr Right
Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Drama Checklist Mr Right
Jumlah Episod: 12
Tarikh: 25 Ogos 2021
Hari: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Siaran: TV3