Sinopsis Drama Budak Intern
Mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Izzy, Ryan dan Karl mempunyai sebab sendiri untuk bekerja sepenuh masa selepas latihan industri tamat. Selepas habis waktu kerja, mereka sering menghabiskan masa di sebuah kafe milik kepada kakak Karl.
Empat sekawan dari sebuah kolej, Izzy, Ryan, Karl dan Bainun berjaya mendapat tawaran latihan industri (internship) di sebuah agensi Pengiklanan yang terkenal. Pengalaman pertama kali bekerja di alam pekerjaan yang sebenar telah membuka mata dan dimensi mereka. Pelbagai cabaran dan peristiwa dihadapi oleh mereka berempat demi beroleh penilaian yang baik dari penyelia masing-masing. Tanpa mereka sedar ‘Internship’ bukan sekadar penilaian lulus atau gagal, malah turut menguji persahabatan mereka dan merubah mereka selamanya.
Pelakon Drama Budak Intern
Intan Najuwa, Malek Mccrone, Bella Dowanna, Syafi Tee, Acong Sweetchild, Zul Ariffin, Nonny Nadirah, Sham Visa, Ifa Raziah, Zarul Umbrella, Aniq Suhair , Nadiyah Shahab, Arja Lee, Cristina Suzanne, Amber Chia, Ziana Zain, Douglas Lim, Badrul Muhayat, Sharifah Shahora
Drama Drama Budak Intern
Jumlah Episod: 16
Tarikh: 22 September 2021
Hari: Rabu & Khamis, 9:30 malam
Siaran: TV9