Drama Bilo Nogori Jupo Kelate

Drama Bilo Nogori Jupo Kelate

Sinopsis Bilo Nogori Jupo Kelate

Adat dan budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah?

Noah dan Safiya, baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan. Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?

Pelakon Bilo Nogori Jupo Kelate

Mia Ahmad, Nazrief Nazri, Didie Alias, Fadilah Mansor, Kamarul Haji Yusof, Kuna Muzani, Hanna Aqeela

Drama Bilo Nogori Jupo Kelate

Jumlah Episod: 20
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Iris TV3