Sinopsis Aku Yang Merinduimu
Setelah kematian ibu dan ayahnya dalam kemalangan jalan raya, Husna dijaga oleh Tok Ayah, Pak Seman. Pak Seman berusaha mencari nafkah untuk membesarkan cucunya namun ada juga yang tidak suka dengan Pak Seman.
Sementara itu Engku Mariam mewarisi semua harta perniagaan suaminya selepas bercerai bertindak memecat Pak Seman kerana merasakan lelaki itu sudah terlalu tua untuk melakukan kerja berat di kilang miliknya. Selain itu, Engku Mariam juga tidak suka dengan Pak Seman dan Husna kerana menganggap orang miskin suka mengambil kesempatan.
Kesibukan Engku Mariam menguruskan perniagaan menyebabkan dia tidak sempat mengikuti perkembangan anak, Tengku Danial di sekolah. Suatu hari, Engku Mariam menerima laporan daripada guru disiplin mengatakan Tengku Danial ditangkap merokok di sekolah. Engku Mariam tidak percaya anaknya berkelakuan begitu.
Engku Mariam membuat keputusan untuk menukar sekolah Tengku Danial ke Pekan Cengkih kerana dia semakin sibuk dengan projek resortnya bersama Vincent dan Eric. Di situ juga, Tengku Danial bertemu dengan Husna yang satu sekolah dengannya.
Engku Mariam yng merupakan kawan baik Vincent mahu bekerjasama dalam projek pusat peranginannya di Pekan Cengkih. Vincent menyerahkan semua keputusan projek kepada Eric.
Dalam masa yang sama, Eric tidak sengaja terlanggar Husna dan mahu membayar ganti rugi kepada Husna namun ditolak secara baik oleh Pak Seman kerana Eric dan Vincent telah membayar kos rawatan Husna. Akan tetapi, Engku Mariam menuduh Pak Seman dan Husna mahu mengambil kesempatan atas kecederaan tersebut.
Pelakon Aku Yang Merinduimu
Syafie Naswip, Elisya Sandha, Eleen Arisha, John Tan, Mior Hashim Manap, Aliah Lee, Isaac Iman, Iman Suhana, Zarul Imran, Jesse Lim, Neera Azizi, Shekeen Waida, Auni Zahra, Ahmad Amim
Drama Aku Yang Merinduimu
Jumlah Episod: 26
Tarikh: 15 Jun 2022
Hari: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Siaran: Slot Widuri TV1